Syarikat Swasta Thailand Ingin Beli Vaksin China

2021-03-19 14:29:07  CRI
Share with:

Presiden Persatuan Industri Thailand (FTI), Payungsak Chartsutipol semalam menyatakan kerajaan Thailand telah meluluskan permohonan syarikat swasta untuk membeli vaksin COVID-19.

Berdasarkan statistik awal, lebih 100 syarikat ingin berbelanja untuk membeli vaksin COVID-19 buatan China demi kesihatan dan keselamatan kakitangan mereka. Kebanyakan syarikat itu dari industri makanan dan perubatan.

FTI akan membantu syarikat-syarikat tersebut membeli vaksin buatan China.

Payungsak berkata, jumlah vaksin yang dibeli oleh kerajaan adalah terhad, maka pembelian oleh syarikat swasta akan dapat mengurangkan beban kerajaan sekali gus mempercepat pemulihan ekonomi di negara itu.

胡星