Pembohongan Tidak Dapat Sembunyikan Kebenaran

2021-03-20 16:02:42  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) asyik untuk menyebarkan pembohongan mengenai Xinjiang, namun hakikat tidak boleh disembunyikan oleh pembohongan.

Demikian dinyatakan oleh Naib Wakil Tetap China ke Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing ketika membidas kenyataan wakil AS di hadapan Perhimpunan Agung PBB ke-75 untuk memperingati Hari Antarabangsa Pembasmian Diskriminasi Ras semalam.

Dai Bing menyatakan, tema perhimpunan ini adalah untuk memperingati hari antarabangsa membasmi diskriminasi ras. Namun yang menyesal adalah wakil AS menyalahgunakan platform ini untuk menyebarkan maklumat palsu, mengkritik China dengan niat politik yang tidak berasas. China menentang dan menolak tindakan itu.

Di samping itu, wakil AS jarang mengakui kelemahannya dalam isu hak asasi manusia dalam negara itu, dan ini sekali gus mencerminkan AS tidak layak untuk campur tangan hal ehwal negara lain.   

Dai menegaskan, tidak wujud "genosid" di Xinjiang. Walaupun AS asyik menyebarkan pembohongan mengenai Xinjiang, namun pembohongan tidak dapat menyumbunyikan hakikat.

Sebanyak 64 negara telah membuat kenyataan bersama dalam persidangan Majlis Hak Manusia PBB (UNHRC) pada 12 Mac lalu, menggesa negara-negara berkaitan menghentikan campur tangan dalam isu domestik China dengan menggunakan isu Xinjiang. AS dinasihat menyingkirkan prejudis ideologi, berbuat baik dan membina bagi usaha hak manusia antarabangsa.

胡星