Khamenei: Sekatan AS Gagal

2021-03-21 14:44:12  CRI
Share with:

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei semalam menyatakan sekatan ekstrem Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu menemui kegagalan.

Beliau berkata, kekuatan musuh yang diketuai AS mahu Iran tunduk melalui sekatan ekstrem, namun rakyat Iran menentang sekatan itu dengan kekuatan teguh dan tabah.

Dalam pada itu, Presiden Iran, Hassan Rouhani pula menyatakan AS juga gagal dalam "perang ekonomi".

Pada Julai 2015, Iran mencapai perjanjian komprehensif mengenai isu nuklear Itan dengan AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman. Menurut perjanjian itu, Iran berjanji mengehadkan program pembangunan nuklearnya, manakala masyarakat antarabangsa membatalkan sekatan terhadap negara itu.

Walau bagaimanapun, AS menarik diri secara sepihak daripada perjanjian itu pada Mei tahun 2018, memulihkan semula dan mengenakan sekatan baharu terhadap Iran.

Bermula Mei 2019 pula, Iran menggantung sebahagian pelaksanaan perjanjian itu, namun berjanji tindakan itu "boleh ditarik balik".

覃淼