Dato' Majid: Presiden Xi, Pemimpin Tegas dan Berwawasan Luas

2021-03-21 19:47:14  CRI
Share with:

Dato' Majid: Presiden Xi, Pemimpin Tegas dan Berwawasan Luas_fororder_微信图片_20210321194618

Presiden Xi Jinping merupakan seorang pemimpin tegas dan mempunyai wawasan yang luas. Apa yang dijanjikannya dapat dilaksanakan.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Dato' Abdul Majid Ahmad Khan kepada wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) setelah menghadiri majlis pelancaran buku Xi Jinping: Pentadbiran China jilid ke-3 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, meskipun belum berpeluang bertemu dengan Presiden Xi, beliau sentiasa mengikuti ucapan Presiden Xi serta perkembangan di China.

Beliau sendiri pula telah membaca buku Xi Jinping: Pentadbiran China dan tertarik oleh usaha pembasmian kemiskinan di China.

Sebagai bekas Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Majid telah menyaksikan pembangunan di China. Kerja pembasmian kemiskian yang diutamakan oleh Presiden Xi telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini, sekali gus menarik perhatian dari luar negara.

Dato' Majid menilai tinggi wawasan Presiden Xi terhadap dunia yang bersuara "tiada satu negara mampu menghadapi cabaran sezaman secara bersendirian. Pelbagai negara perlu bekerjasama antara satu sama lain."

Ini pula telah dibuktikan dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). China berjanji berkongsi kejayaannya dan kepakarannya dengan dunia.

王瑾