Perhimpunan Bantah Kekerasan Terhadap Keturunan Asia di Atlanta

2021-03-21 15:27:40  CRI
Share with:

Beratus-ratus orang berhimpun di Atlanta, ibu kota Georgia di selatan Amerika Syarikat (AS) untuk membantah kekerasan terhadap golongan keturunan Asia, diskriminasi ras dan kebencian terhadap pendatang asing yang bertambah serius. Mereka mahu keadilan untuk mangsa kes tembakan di Atlanta.

Pemprotes dari pelbagai usia dan warna kulit berhimpun di depan bangunan parlimen Georgia. Mereka memakai penutup hidung dan mulut serta memegang panji-panji yang bertulis "kami bukan virus" dan "hentilah kebencian terhadap keturunan Asia". Mereka juga bertafakur untuk mangsa korban dalam kes tembakan yang menyasarkan keturunan Asia di kawasan tersebut.

Tiga kes tembakan berlaku di Atlanta pada 16 Mac lalu yang mengakibatkan lapan orang maut termasuk enam wanita keturunan Asia. Walaupun motif penjelayah masih belum dipastikan, namun menurut penganalisis, prejudis terhadap keturunan Asia antara motifnya.

徐国玮