AS Tidak Layak Bercakap dengan Meninggi Diri

2021-03-22 11:51:50  CRI
Share with:

Pihak AS tidak menjunjung adab tertib diplomatik antarabangsa semasa mengadakan dialog strategik peringkat tinggi dengan China di Anchorage, Alaska baru-baru ini.

Kebiadaban AS mengundang bidasan langsung daripada Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi, yang lantang menegaskan AS tidak layak bercakap dengan China dengan sikap meninggi diri.

Balasan pihak China itu turut menjadi tular dalam kalangan netizen seluruh dunia, dengan memberi banyak komen setelah mengikuti lintas langsung dialog melalui Youtube.

AS Tidak Layak Bercakap dengan Meninggi Diri

Pihak AS juga mahu menghalau petugas media dari bilik mesyuarat selepas melemparkan tohmahan yang tidak berasas kepada China.

Sehubungan dengan itu, Yang Jiechi terus bertanya mengapa AS takut akan kehadiran media, selain meminta wartawan tinggal untuk membuat liputan.

 

张哲