Resolusi China Berhubung Kerjasama Hak Asasi Dilulus UNHRC

2021-03-24 15:12:47  CRI
Share with:

Resolusi China mengenai penggalakan kerjasama saling untung dalam bidang hak asasi, diluluskan sempena sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Selasa.

Resolusi itu antara lain menyeru negara-negara agar menjunjung multilateralisme, di samping melakukan dialog dan kolaborasi secara konstruktif.

Demi visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, bantuan teknikal dan pembinaan keupayaan perlu diperkasakan, sementara kolaborasi secara menang-menang digalakkan.

Selain itu, usaha sama memerangi pandemik COVID-19 di peringkat global merupakan antara komponen penting resolusi berkenaan, dengan desakan  supaya negara membangun mendapat akses kepada vaksin mampu milik.

董筱娉