AS Negara Paling Banyak Kes Jangkitan dan Kematian Akibat COVID-19

2021-03-26 11:28:20  CRI
Share with:

AS Negara Paling Banyak Kes Jangkitan dan Kematian Akibat COVID-19_fororder_12119 拷贝

Menurut data Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat (AS), jumlah kes positif COVID-19 di negara itu melebihi 30 juta dengan lebih 500 ribu kematian direkodkan setakat hujung Februari.

Walaupun bilangan penduduk AS tidak sampai 5 peratus daripada populasi dunia, namun jangkitan di negara itu melepasi 25 peratus kes kumulatif global, manakala kes kematian menduduki hampir 20 peratus.

Akhbar New York Times dan Washington Post melaporkan, keterukan keadaan semasa adalah disebabkan kelalaian kerajaan yang tidak mempedulikan amaran saintifik dan sengaja memperkecil risiko wabak hingga terlepas peluang terbaik untuk membendung pandemik.

Untuk mengaut laba politik, kerajaan Donald Trump tergesa-gesa memulihkan aktiviti ekonomi sehingga mengakibatkan virus merebak secara berleluasa ke merata-rata tempat.

Ahli epidemiologi AS, William Foege menyifatkan keadaan itu umpama “pembunuhan beramai-ramai”.

张哲