PBB: Peranan China Penting dalam Pelaksanaan Agenda 2030

2021-03-27 14:54:28  CRI
Share with:

PBB: Peranan China Penting dalam Pelaksanaan Agenda 2030_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_e559e6ee-b3d4-4eef-9bf0-db7a0dcaddf6

Selaku anggota penting Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), China memainkan peranan penting dalam usaha memelihara multilateralisme serta pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Pejabat PBB di Geneva, Tatiana Valovaya dalam sesi taklimat pada Khamis.

Tatiana berjanji pihaknya akan terus memainkan peranan lebih besar pada tahun ini, khususnya dalam bidang pembangunan lestari, kedamaian dan pelucutan senjata, hak asasi manusia dan kesaksamaan jantina.

Katanya, pelaksanaan Agenda 2030 merupakan teras kepada pemulihan dunia pasca pandemik. Usaha berkenaan akan berjaya menerusi kerjasama multilateral yang efektif.

Tambah beliau, sebagai negara berpopulasi paling ramai di dunia, China berperanan penting dalam usaha menjayakan pelbagai matlamat Agenda Pembangunan Mampan PBB. Ini berkat pengalamannya yang banyak dalam mengendalikan sosioekonomi dalam beberapa dekad lalu.

周乔西