Sandiwara Politik AS Patut Berakhir

2021-03-27 15:58:25  CRI
Share with:

Isu Xinjiang bukan soal kaum, agama dan hak asasi manusia, sebaliknya berkaitan usaha membanteras pemisahan dan keganasan serta menentang campur tangan asing.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sesi taklimat pada Jumaat membidas cubaan negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) mereka-reka dusta dan maklumat palsu dengan tujuan menjejaskan keselamatan, kestabilan dan mengekang pembangunan China.

Dalam satu video yang dipertunjukkan pada sesi taklimat itu, bekas pegawai tentera AS, Lawrence Wilkerson membongkar niat Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengganggu ketenteraman masyarakat China dengan mencetuskan pergolakan di negara itu.

Hua mencela segelintir politikus dan media dari AS serta beberapa sekutunya yang tidak ingin mendengar suara daripada rakyat pelbagai etnik di Xinjiang, selain enggan memandang kemajuan wilayah itu dengan tepat.

周乔西