Program Spring Sprout Bermula di Zimbabwe

2021-03-28 15:06:45  CRI
Share with:

Program Spring Sprout Bermula di Zimbabwe_fororder_150343

Program Spring Sprout Bermula di Zimbabwe_fororder_150359

Kedutaan Besar China di Zimbabwe memulakan program “spring sprout” untuk memudahkan masyarakat Cina di negara itu disuntik vaksin COVID-19, hari ini.

Zhang Lijun yang menetap di sana selama lebih 20 tahun merupakan antara yang menerima suntikan vaksin keluaran China.

Menurutnya, sebaik sahaja mendapat tahu program vaksinasi bermula, dia segera membuat temu janji secara dalam talian untuk divaksin.

Zhang datang awal pagi di pusat inokulasi untuk berbaris menerima suntikan. Selepas disuntik, dia tidak mengalami sebarang ketidakselesaan.

Zhang menyifatkan dirinya sebagai yang mendapat manfaat daripada progam “spring sprout” itu, sekali gus merasai keprihatinan daripada kedutaan besar.

Pasukan perubatan China yang dihantar ke Zimbabwe kumpulan ke-18 membantu melaksanakan program imunisasi COVID-19.

Ketua pasukan itu, Luo Weiqiang berkata, pihaknya selalu melakukan saringan terhadap mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi sebelum disuntik vaksin.

Mereka juga menyusun pelan kecemasan untuk menangani kemungkinan berlaku masalah alahan pada individu disuntik.

Dilaporkan, seramai 160 orang China yang bermastautin di Zimbabwe menerima suntikan pada hari ini.

Suntikan akan diberi kepada 300 hingga 500 perantau China setiap hari pada fasa seterusnya.  

董筱娉