Pesta Filem China Ke-6 Tutup Tirai di Sri Lanka

2021-03-29 14:28:48  CRI
Share with:

Filem buatan China, 'Beginning of the Great Revival' telah disiarkan menerusi Sri Lanka Rupavahini (Stesen TV Kebangsaan) kelmarin. Inilah tanda tutup tirai Pesta Filem China ke-6 anjuran bersama Kedutaan Besar China dan Sri Lanka Rupavahini.

Penganjuran pesta filem China merupakan tradisi kebudayaan yang penting di Colombo semasa sambutan Tahun Baru Cina. Namun ekoran wabak COVID-19, pesta tahun ini diadakan secara maya dan dipanjangkan dari beberapa hari ke satu setengah bulan.

Dari 13 Feb hingga 27 Mac lalu, penonton Sri Lanka dapat menikmati sebuah filem buatan China yang bersari kata bahasa tempatan menerusi stesen TV tempatan pada hari Sabtu setiap minggu.

Tujuh filem termasuk Hold Your Hands, Ala Changso, Project Gutenberg, Shadow, Operation Red Sea, Kill Mobile dan Beginning of the Great Revival sudah ditayangkan sempena pesta tersebut.

张宪