Bantuan Vaksin COVID-19 China untuk Palestin Tiba di Ramallah

2021-03-30 14:42:06  CRI
Share with:

Bantuan Vaksin COVID-19 China untuk Palestin Tiba di Ramallah_fororder_1127270806_16170627410791n

Vaksin COVID-19 buatan Kumpulan Sinopharm yang disediakan kerajaan China kepada Palestin telah tiba di bandar Ramallah, negara itu semalam.

Upacara penyerahan vaksin telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Pejabat China di Palestin, Guo Wei dan Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaileh.

Mai Al-Kaileh dalam upacara tersebut menyatakan, bantuan vaksin diberikan China kali ini merupakan jumlah paling besar antara bantuan vaksin COVID-19 yang diterima pihaknya setakat ini. Menurut beliau, sumbangan vaksin China dilihat sebagai sokongan dan bantuan yang besar kepada rancangan pemvaksinan yang dijalankan di Palestin, sekali gus memperlihatkan hubungan persahabatan yang mendalam antara kedua-dua negara.

张宪