China Hulur Bantuan Vaksin kepada 80 Negara dan 3 Pertubuhan Antarabangsa

2021-03-31 12:52:32  CRI
Share with:

Kini, China sedang menghulurkan bantuan vaksin COVID-19 kepada 80 buah negara dan 3 buah pertubuhan antarabangsa. Usaha gigih dilakukan China diharapkan akan menyuntik keyakinan dan harapan kepada seluruh dunia untuk terus bersatu padu bekerjasama melawan pandemik kali ini.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di Beijing semalam.

Menurut laporan berkenaan, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pernah menunjukkan bahawa jurang antara jumlah vaksin yang dikendalikan negara-negara maju dengan yang diperolehi negara-negara miskin melalui COVAX makin besar. Sampai kini, masih terdapat 36 buah negara belum menerima sebarang vaksin.

Mengenai pendekatan tersebut, Hua menyatakan, China komited vaksin buatannya digunakan sebagai produk awam untuk seluruh dunia, dan berusaha mendorong vaksin menjadi produk yang mudah didapati dan mampu milik. China telah menyertai COVAX dan mengotakan janji bahawa akan menyediakan 10 juta dos vaksin kepada negara-negara membangun untuk kegunaan kecemasan.

Hua menekankan bahawa China menentang tindakan yang tiada asas moral dan tidak bertanggungjawab termasuk “nasionalisme dalam hal vaksin” dan membentuk “jurang keimunan”. Sebaliknya China menyeru agar semua negara yang berkemampuan memberi bantuan vaksin kepada negara yang mempunyai keperluan terutamanya negara-negara membangun dan menjadikannya mampu milik dan mampu guna bagi rakyat pelbagai negara.

张宪