Vaksin China Selaras Piawaian WHO

2021-04-01 14:29:55  CRI
Share with:

Tahap keberkesanan vaksin keluaran China selaras dengan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata pakar pertubuhan itu.

Pengerusi Kumpulan Pakar Penasihat Strategi mengenai Imunisasi (SAGE) WHO,  Alejandro Cravioto dalam sidang media pada Rabu mengesahkan vaksin buatan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) dan syarikat SinoVac adalah selamat dan berkesan berdasarkan data yang disediakan dua syarikat itu.

WHO menetapkan semua vaksin perlu melepasi tahap keberkesanan 50 peratus, manakala anggaran mata sebanyak 70 peratus amat digalakkan. 

Menurut Cravioto, dua jenis vaksin China itu perlu mendapat kelulusan penggunaan kecemasan daripada WHO atau badan penyelia yang diperakui pertubuhan itu, sebelum diberi  cadangan SAGE mengenai penggunaannya.

Dalam pada itu, SAGE turut berharap cadangan berkenaan dapat dikeluarkan menjelang hujung April.

Terdahulu, jurucakap WHO, Margaret Harris menjangka  vaksin Sinopharm dan SinoVac akan memperoleh kebenaran penggunaan kecemasan tidak lama lagi. 

徐国玮