WTO: Perdagangan Global Dijangka Beransur Pulih

2021-04-01 12:29:03  CRI
Share with:

Laporan diumumkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) semalam mendedahkan, perdagangan global pada tahun yang lalu dilihat lebih baik daripada yang dijangkakan. Sehubungan itu, perdagangan global dijangka akan terus pulih hingga jumlah perdagangan kargo di seluruh dunia pada tahun ini dan tahun depan akan masing-masing meningkat 8% dan 4%.

Menurut laporan tahunan yang bertajuk “Data dan Prospek Perdagangan Global” tersebut, Amerika Utara dijangka akan menjadi kawasan utama yang memicu permintaan perdagangan kargo global pada tahun ini ekoran dasar kewangan perangsangan besar-besaran dijalankan Amerika Syarikat (AS). Sementara itu, jumlah kargo eksport pula akan naik 8.4% di rantau Asia, salah satu kawasan yang boleh menyaksikan peningkatan pengeksportan yang paling pesat di seluruh dunia.

张宪