Vaksin Kumpulan Pertama Buatan China Tiba di Jordan

2021-04-05 14:42:25  CRI
Share with:

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat China, Sinopharm yang dibeli oleh kerajaan Jordan selamat tiba di sini, malam tadi.

Duta China ke Jordan, Chen Chuandong berkata, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, China dan Jordan telah berganding bahu dan bekerjasama untuk melawan wabak.

Jelas Chen, ia secara tidak langsung memperlihatkan keeratan hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Selain itu, Chen juga berkata bahawa China komited membantu Jordan membeli vaksin buatan syarikat China serta turut menekankan kesediaan China untuk membantu negara itu pulih daripada wabak sesegara yang mungkin.

Pada ketika ini, keselamatan dan keberkesanan vaksin China telah mendapat pengiktirafan meluas daripada rakyat Jordan.

Untuk rekod, program pemvaksinan telah dilancarkan di Jordan bermula pada 13 Januari yang lalu.

Pihak berkuasa Jordan memaklumkan bahawa semua penduduk di negara itu boleh memohon untuk menerima vaksin secara sukarela dan percuma.

徐国玮