Xi Utus Kawat Tahniah kepada Nguyen Xuan Phuc

2021-04-06 11:39:04  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Nguyen Xuan Phuc yang dipilih sebagai presiden Vietnam.

Xi dalam kawat tahniah menyatakan bahawa China dan Vietnam merupakan dua negara sosialis yang berjiran baik. Kedua-dua negara bantu-membantu sejak tercetusnya wabak COVID-19 pada tahun lalu, dan mencapai kemajuan besar dalam pencegahan dan kawalan wabak.

Xi menegaskan, dunia ini sedang mengalami perubahan besar. Hubungan China-Vietnam dan usaha sosialisme kedua-dua negara ini pula telah memasuki fasa yang amat penting. China amat mementingkan hubungan dengan Vietnam, bersedia mendorong perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara mencapai kemajuan lebih besar demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengutus kawat tahniah kepada Phạm Minh Chính yang dipilih sebagai Perdana Menteri Vietnam. 

Li menyatakan kesediaan untuk berusaha bersama dengan Pham untuk menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan kedua-dua negara demi situasi menang-menang. 

胡星