Iran Seru AS Batalkan Semua Sekatan

2021-04-06 14:48:11  CRI
Share with:

Iran menolak cadangan pembatalan sekatan terhadap negara itu secara berperingkat.  Amerika Syarikat (AS) perlu membatalkan semua sekatan terhadap negara itu sekali sahaja.

Demikian ditegaskan oleh jurucakap Kementerian Luar Iran, Saeed Khatibzadeh dalam sidang akhbar di Tehran semalam.

Katanya, Iran menuntut Washington membatalkan semua sekatan terhahapnya sebagai langkah pertama. Selepas mengesahkan sekatan telah dibatalkan, Iran akan menghentikan langkah–langkah tidak menunaikan perjanjian berkenaan, kemudian menunaikan semula perjanjian secara menyeluruh.

Menurutnya, mesyuarat pihak-pihak terlibat dalam isu nuklear Iran akan diadakan di Vienna, Austria hari ini. Pembatalkan semua sekatan AS terhadap Iran merupakan salah satu agenda.

胡星