Sarjana Zimbabwe Puji Kejayaan China Basmi Kemiskinan

2021-04-07 15:11:30  CRI
Share with:

Sarjana Zimbabwe Puji Kejayaan China Basmi Kemiskinan_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_cddbd6cc-cbcf-4d41-a926-0010bf06dd70.JPG

Kertas putih berhubung usaha China membasmi kemiskinan yang dikeluarkan pada Selasa, mendapat pujian tokoh dari pelbagai negara.

Mereka sependapat bahawa kejayaan China dalam usaha tersebut menyediakan pengalaman yang bermanfaat kepada negara lain, dan juga merupakan satu sumbangan signifikan kepada dunia.

Ahli penyelidik dari Pusat Pertukaran dan Penyelidikan Ekonomi dan Budaya China-Afrika di Zimbabwe, Donald Rushambwa berkata, Zimbabwe boleh menimba pengalaman China dalam menghapuskan kemiskinan.

Beliau yang pernah melanjutkan pengajian ijazah sarjana dan menjadi sarjana pelawat di China pada 2014 hingga 2019, berkata antara pengalaman yang boleh diguna pakai adalah termasuk dalam usaha mengoptimumkan sumber manusia serta mempertingkat peruntukan kepada sektor pertanian dan pendidikan.

Justeru jelas Rushambwa yang telah mengadakan tinjauan ke beberapa wilayah di China, ia sekali gus dapat membantu Zimbabwe merealisasikan matlamat pembasmian kemiskinan.

Beliau juga menyanjung tinggi sumbangan China dalam membantu negara Afrika mengatasi masalah kemiskinan.

"Walaupun mempunyai banyak sumber, namun negara Afrika kekurangan teknologi untuk memanfaatkannya, maka memerlukan pelaburan asing. Dalam pada itu, banyak bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan China.

"China sedang membantu negara Afrika memajukan infrastruktur. China juga muncul sebagai rakan dagang terbesar bagi Afrika. Hal ini telah memacu pembangunan sosioekonomi Afrika, di samping mendorong perkembangan hubungan kedua-dua pihak," ujar Rushambwa.

张哲