China: AS Harus Batalkan Semua Sekatan Haram terhadap Iran

2021-04-07 12:33:23  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) harus kembali ke perjanjian komprehensif isu nuklear Iran dan membatalkan semua sekatan haram terhadap negara itu.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut laporan, mesyuarat pihak-pihak terlibat dalam isu nuklear Iran akan diadakan di Vienna, Austria minggu ini untuk membincangkan pemulihan perjanjian bekenaan di samping menetapkan tindakan selanjutnya. 

Zhao menyatakan, situasi nuklear Iran kini pada fasa kritikal. China menyokong mesyuarat khas mengenai pembatalan sekatan AS dan tindakan Iran menunaikan semula perjanjian itu.

Beliau berkata, China berharap pihak-pihak terlibat dapat mencapai kata sepakat secepat mungkin. 

胡星