Presiden Serbia Terima Suntikan Vaksin China

2021-04-08 11:07:40  CRI
Share with:

Presiden Serbia Terima Suntikan Vaksin China_fororder_1127300247_16177198665121n

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran  Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) pada Selasa.

Proses suntikan yang dijalankan di kampung Rudna Glava, timur Serbia, turut disiarkan menerusi pelbagai platform media bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menyertai program vaksinasi.

Vucic dijadual disuntik dos kedua tiga minggu kemudian.

Lebih 50 penduduk tempatan turut menerima suntikan dos pertama pada pagi Selasa, dan ramai pula berbaris menunggu giliran untuk mendapat suntikan.

Vucic berkata, Serbia telah menerima kumpulan keempat vaksin COVID-19 dari China pada Isnin. Di samping itu, lebih banyak bekalan akan tiba berdasarkan sebuah kontrak yang ditandatangani beberapa minggu lalu.

Menurut beliau, Serbia juga merancang mengeluarkan vaksin China pada masa akan datang, selain menjalankan kerjasama dengan China dalam bidang sains perubatan.

Serbia ialah sebuah negara Eropah dengan populasi kira-kira tujuh juta. Negara itu telah melancarkan program pemvaksinan besar-besaran menggunakan vaksin China bermula pertengahan bulan Januari.

张哲