Perang Pencerobohan AS, Malapetaka Kemanusiaan

2021-04-09 11:29:10  CRI
Share with:

Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) mengeluarkan rencana yang bertajuk “perang pencerobohan Amerika Syarikat (AS) membawa malapetaka kemanusiaan yang teruk” hari ini.

Menurut rencana itu, perang-perang pencerobohan yang dicetuskan AS bukan sahaja mengorbankan banyak anggota tentera, malah mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat jelata dan kerugian harta yang besar.

Menurut statistik kasar, antara 248 konflik bersenjata yang berlaku di 153 kawasan di dunia sejak Perang Dunia Kedua berakhir hingga 2001, terdapat 201 konflik dilancarkan oleh AS.

Selain itu, AS pula sentiasa mencampur tangan dalam urusan negara lain seperti menyokong perang proksi, menghasut pemberontakan, melakukan pembunuhan gelap, membekalkan bahan senjata serta melatih kumpulan bersenjata antikerajaan. Langkah-langkah AS tersebut membawa tempias teruk kepada ketenteraman masyarakat dan keselamatan rakyat di negara-negara terlibat.

Rencana itu menyebut, krisis kemanusiaan akibat operasi ketenteraan berpunca daripada falsafah hegemonisme AS. Hanyalah dengan menyingkirkan falsafah hegemonisme yang hanya mengutamakan kepentingan sendiri, barulah dapat mengelakkan malapetaka kemanusiaan daripada berlaku, dan mewujudkan situasi menang-menang di samping membolehkan rakyat pelbagai negara menikmati hak asasi manusia dengan benar.

徐国玮