AS Enggan Batalkan Semua Sekatan terhadap Iran

2021-04-11 14:30:21  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyatakan pihaknya tidak akan membatalkan semua sekatan terhadap Iran, di samping berharap Iran dapat mengambil sikap lebih membina dalam rundingan selanjutnya mengenai pemulihan semula pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS dalam sidang akhbar melalui telefon menyatakan bahawa pihaknya bersedia membatalkan sekatan yang tidak berkaitan dengan perjanjian tersebut, namun bukanlah semua sekatan.

Pegawai itu berkata, rundingan akan menemui kebuntuan sekiranya Iran berdegil mahu AS membatalkan semua sekatan sejak tahun 2017.

覃淼