Jepun Digesa Timbang Semula Keputusan Lepas Air Terawat ke Laut

2021-04-15 14:35:32  CRI
Share with:

China menggesa Jepun supaya menimbang semula keputusan untuk melepaskan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam sesi taklimat pada Rabu berkata, laut khususnya Lautan Pasifik bukanlah tong sampah atau pembetung bagi negara itu.

“Padah daripada perbuatan Jepun tidak harus ditanggung oleh seluruh dunia,” tegas beliau.

Menurut Zhao, keputusan itu akan menjadikan Jepun negara pertama yang membuang air sisa terawat ke laut selepas berlaku insiden nuklear serius.

Sebagai negara pemeterai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), Jepun sepatutnya mengetahui peruntukan berkaitan dalam konvensyen tersebut.

“Berpandukan UNCLOS, negara-negara terbabit patut mengambil segala tindakan yang perlu bagi memastikan pencemaran yang berpunca dari insiden atau kegiatan di bawah bidang kuasa masing-masing tidak merebak ke wilayah lain,” katanya.

Tambah Zhao, tindakan Jepun menyingkirkan sisa air ke laut akan mengundang impak merentasi sempadan disebabkan faktor seperti arus lautan, ikan bermigrasi dan lain-lain.

周乔西