Ternak Lebah, Kecap Hidup Semanis Madu

2021-04-21 11:24:29  CRI
Share with:

Ternak Lebah, Kecap Hidup Semanis Madu_fororder_202104211121x12

Tahirjan Tohti yang berusia 36 tahun ialah seorang penternak lebah terkenal di kampung Sayi, kaunti Shufu, wilayah Xinjiang.

Beliau mula menceburkan diri dalam pembiakan lebah pada 18 tahun lalu, namun ketika itu hanya dilakukan secara kecil-kecilan yang sukar untuk mendatangkan pendapatan lumayan.

Dengan insentif dan sokongan daripada kerajaan, Tohti berjaya memajukan perniagaan sendiri dengan menubuhkan sebuah koperasi pembiakan lebah pada 2019.

Koperasi itu menawarkan latihan profesional kepada pemelihara lebah tempatan, di samping bersama-sama merintis penghasilan madu jenis baharu.

Ternak Lebah, Kecap Hidup Semanis Madu_fororder_202104211121x13

Dalam tempoh dua tahun sahaja sejak ditubuhkan, koperasi tersebut terus berkembang hingga melibatkan kira-kira 50 keluarga, selain menyediakan peluang kerja kepada 56 penghuni kampung, antaranya 17 orang berasal dari keluarga miskin.  

Walaupun dilanda wabak COVID-19 pada tahun lepas, namun jualan madu koperasi itu tidak banyak terjejas berkat kerancakan sektor e-dagang dan kecekapan sistem logistik di China.  

Ternak Lebah, Kecap Hidup Semanis Madu_fororder_202104211121x1

Hasil madu lebah telah membawa pendapatan sebanyak 170 ribu yuan (RM108 ribu) kepada keluarga Tohti pada tahun lalu.  

Tahun ini, pihak berkuasa kaunti Shufu merancang untuk menubuhkan sebuah kilang yang menyepadukan fungsi mengendalikan pembiakan lebah serta pemprosesan dan pemasaran  madu.

Ternak Lebah, Kecap Hidup Semanis Madu_fororder_202104211121x14

Tohti yang mendapat inspirasi daripadanya pun menanam hasrat mahu mengikat kontrak dengan kilang tersebut untuk mencipta jenama madu sendiri dan meneroka pasaran lebih luas.

张哲