Timor Leste Hargai Bantuan China

2021-04-22 12:42:08  CRI
Share with:

Timor Leste Hargai Bantuan China_fororder_1619056295048_897_1215x810

Timor Leste Hargai Bantuan China_fororder_1619056375437_614_1166x656

Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak merakamkan penghargaan bagi pihak negaranya kepada China selepas menerima bantuan dalam bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Ketika bertemu dengan Duta Besar China ke Timor Leste, Xiao Jianguo, beliau turut menzahirkan harapan agar  China akan kekal aktif mengambil bahagian dalam proses pembangunan semula di negaranya selain membantu Timor Leste mengatasi kesukaran semasa.

Menurut laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), seramai 45 orang terkorban dan lebih 8 ribu orang terpaksa dipindahkan dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda Timor Leste.

Untuk rekod, Timor Leste telah menguatkuasakan perintah "darurat bencana" bermula 8 April.

覃淼