Mesir Mengilang Vaksin China

2021-04-23 11:51:16  CRI
Share with:

Mesir Mengilang Vaksin China_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_25076f9b-2d1e-4035-9ddf-5d8ae49e9183

Syarikat Sinovac Biotech Bhd. dari China dan Vacsera dari Mesir telah menandatangani perjanjian kerjasama secara maya semalam, dengan tujuannya membantu Mesir mengilang vaksin COVID-19 keluaran China. Majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Mesir, Mustafa Madbouly dan Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang.

Mesir Mengilang Vaksin China_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_4778deb7-d640-4051-ad1b-b12ca5f4eeee

Menurut Mustafa Madbouly, termeterainya perjanjian itu dipandang sebagai salah satu cerminan kerjasama peringkat tinggi yang melibatkan pelbagai bidang dan sumbangan kepada persahabatan rakyat kedua-dua negara. Mesir percaya perkongsian strategik komprehensif dan kerjasama antara satu sama lain akan melonjak ke tangga yang lebih tinggi.

Liao Liqiang pula berkata, perjanjian yang disifatkan sebagai batu tanda dalam kerjasama membendung wabak itu akan memainkan peranan penting dalam membantu rantau Asia Barat dan Afrika melawan koronavirus. China bersedia berganding bahu dengan Asia Barat dalam usaha menentang perbuatan yang mempolitikkan isu wabak dan melabelkan virus berkenaan, dan berusaha mencapai persepakatan global serta mewujudkan solidariti.

高蕾