RCEP, Simbol Keupayaan Kepimpinan Asia dalam Multilateralisme

2021-04-23 11:51:46  CRI
Share with:

Penandatanganan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menandakan peralihan bersejarah peranan pimpinan dari negara-negara Barat ke negara-negara Asia di Timur dalam memimpin multilateralisme.

Felo Institut Penyelidikan Asia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Kishore Mahbubani berkata, kini negara-negara Asia memainkan peranan sebagai pemimpin utama dalam perdagangan bebas serantau dan global.

Menurutnya, Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh yang dahulunya merupakan pendukung perdagangan bebas, sekarang ini tidak dapat menandatangani perjanjian perdagangan bebas lagi, kerana perjanjian perdagangan bebas telah menjadi racun politik di negara itu.

Sebaliknya, Mahbubani berkata, negara-negara Asia sedang menandatangani pelbagai perjanjian termasuk RCEP.

Tambah beliau, walaupun pandemik COVID-19 belum berakhir dan adalah sukar untuk menilai kesannya terhadap ekonomi global, tetapi negara-negara Asia telah jelas menunjukkan kemampuan yang lebih besar ketika menangani cabaran pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, Mahbubani berkata, China merupakan contoh yang unggul kerana ia satu-satunya entiti ekonomi utama yang mengekalkan pertumbuhan positif pada tahun lalu.

Beliau memberitahu bahawa pertumbuhan ekonomi China akan menjadi dorongan besar kepada pertumbuhan ekonomi serantau, sekali gus menjadikan RCEP lebih penting.

Mahbubani berkata, pengalaman pembangunan dalam beberapa dekad yang lalu menunjukkan, perdagangan antarabangsa, bukanlah bantuan, adalah jalan penyelesaian.

Justeru katanya, ia akan menjadikan negara-negara yang aktif menyertai perdagangan lebih makmur.

覃淼