Pertemuan Pemimpin Rusia, AS pada Jun

2021-04-26 12:27:33  CRI
Share with:

Pertemuan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden kemungkinan diadakan pada Jun.

Demikian ujar Penolong Presiden Rusia, Yuri Ushakov ketika diwawancara media tempatan semalam.

Menurutnya, AS telah menyatakan keinginan untuk mengadakan pertemuan pemipin kedua-dua negara. Namun sama ada pertemuan itu akan diadakan, bergantung kepada beberapa faktor, dan persiapan berkaitan masih belum dimulakan.

Pertemuan antara Putin dengan Biden mungkin diadakan pada Jun malah pada tarikh tertentu. Ushakov enggan memberikan penjelasan lanjut.

覃淼