Puan Yang Hongwei, pewaris budaya bukan kebendaan di kampung Yangjiabu, bandar Weifang, provinsi Shandong China yang berasal dari keluarga yang mewarisi teknik pembuatan layang-layang selama beberapa generasi.
Puan Yang yang belajar cara membuat layang-layang daripada datuknya sejak tahun 1982, pernah memaparkan kemahirannya di sejumlah bandar raya seperti Beijing dan Shenzhen.
Setelah membuat layang-layang dan melakukan inovasi terhadap cara pembuatannya selama 40 tahun, Puan Yang telah berkeupayaan menghasilkan layang-layang yang bukan sahaja dapat terbang tinggi, tetapi juga cantik wrnanya dan bagus fungsinya.
Puan Yang pernah memperkenalkan layang-layang buatan kampungnya di Jerman, Australia, AS dan New Zealand, dan mengajar kemahiran membuat layang-layang kepada lebih 10 ribu orang.