China Sediakan Bantuan Makanan kepada Afghanistan

2021-04-26 14:43:16  CRI
Share with:

China dan Afghanistan ialah jiran, sahabat dan rakan yang baik. China akan menggalakkan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dalam pembangunan semula ekonomi di Afghanistan agar rakyat kedua-dua negara dapat menikmati lebih banyak limpahan manfaat daripada pembinaan Jalur dan Laluan (BRI).

Demikian dikatakan Duta Besar China ke Afghanistan, Wang Yu dalam upacara penyerahan bantuan makanan kecemasan China yang diadakan di Pusat Maklumat Media Kerajaan Afghanistan semalam.

Wang Yu berakta, China telah menyediakan bantuan makanan seberat 13 ribu tan kepada Afghanistan yang memberikan manfaat kepada berjuta-juta rakyat di negara itu pada beberapa tahun ini.

Sejak pandemik COVID-19 tercetus, China telah menyediakan bantuan perubatan kepada Afghanistan, dan akan menyumbang sekumpulan vaksin kepada negara itu.

Menteri Negara atas Pengurusan Bencana Afghanistan, Ghulam Bahauddin Jailani turut hadir pada upacara penyerahan tersebut.

Beliau merakamkan terima kasih atas bantuan China di samping melahirkan harapan agar kedua-dua negara meningkatkan kerjasama kemanusiaan pada masa akan datang.

徐国玮