China, Rusia Alu-alukan Kerjasama Antarabangsa dalam Pembinaan Stesen Penyelidikan Bulan

2021-04-27 13:35:47  CRI
Share with:

Jabatan pentadbiran angkasa China dan Rusia telah mengedarkan undangan kepada negara, pertubuhan antarabangsa dan rakan kongsi yang berminat untuk terlibat dalam projek pembinaan stesen penyelidikan Bulan.

Pengumuman itu dibuat oleh Jabatan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) dan rakan kongsinya dari Rusia, Roscosmos dalam persidangan mengenai stesen penyelidikan Bulan antarabangsa yang diadakan di Nanjing, China pada Jumaat lalu.

Pengumuman bersama tersebut memaparkan keyakinan dan aspirasi China dan Rusia untuk meneroka Bulan dan angkasa lepas.

Setakat ini, Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, dengan penglibatan 16 negara merupakan projek kerjasama angkasa yang terbesar di dunia.

Pakar berpendapat bahawa stesen penyelidikan Bulan sebagai satu lagi projek penerokaan ruangan angkasa besar di dunia, pasti akan menggalakkan pembangunan sains dan teknologi angkasa lepas dan kemajuan bersama umat manusia.

胡星