China, Jerman Perkasakan Kerjasama

2021-04-29 15:16:51  CRI
Share with:

China bersedia memperkasakan kerjasama komprehensif dengan Jerman bagi melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika menerajui perbincangan antara kerajaan China-Jerman kali keenam bersama Canselor Jerman, Angela Merkel melalui video pada Rabu. 

Li berkata, kerjasama saling untung ialah asas hubungan kedua-dua negara.

Ketika menghadapi perubahan besar, penularan wabak COVID-19, dan amalan perlindungan, dunia kini lebih memerlukan kerjasama dan perpaduan antarabangsa.

Beliau menyatakan, China dan Jerman patut meningkatkan komunikasi, memperkasakan kerjasama dalam melawan wabak, mendorong pengagihan vaksin secara adil, di samping menentang "nasionalisme vaksin". Selain itu, kedua-dua pihak harus memanfatkan "laluan pantas" antara China dengan Jerman untuk memudahkan pertukaran lawatan individu dan bersama-sama memelihara kestabilan rantai bekalan global.

Angela Merkel berkata bahawa China, Jerman, seluruh Eropah malah dunia telah mengharungi masa yang amat sukar sejak tahun lalu. Hanyalah dengan berganding bahu, barulah dapat mengatasi kesulitan semasa.

Beliau menegaskan, Jerman dan China boleh bersama-sama memainkan peranan yang penting dalam bidang tersebut.

Menurutnya, selain menjalankan vaksinasi terhadap rakyat masing-masing, Jerman dan China boleh mengadakan kerjasama dalam pengeluaran dan pengiktirafan vaksin.

徐国玮