Suara Adil Mengenai Isu Xinjiang Makin Banyak

2021-04-29 15:19:57  CRI
Share with:

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura menyiarkan rencana pengarang yang bertajuk "Sedikit Sebanyak Mengenai Kapas di Xinjiang" baru-baru ini. Rencana itu menganggap tuduhan tentang "kerja paksa" di wilayah Xinjiang China sama sekali tidak berasas.

Ketika mengulas laporan tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian  berkata, suara adil mengenai isu Xinjiang semakin banyak di arena antarabangsa. Ketika media Barat masih sibuk menghitamkan nama Xinjiang, suara-suara adil tersebut dianggap amat berharga.

Pengarang rencana Lianhe Zaobao tersebut ialah seorang kaunselor pendidikan yang pernah bekerja dan menetap di Xinjiang selama lebih 10 tahun. Menurutnya, tuduhan tentang "kerja paksa" di Xinjiang sama sekali tidak berasas, tidak masuk akal dan jahil.

Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam turut memetik rencana yang disiarkan melalui portal Project Syndicate, laman sesawang Grayzone dan media Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Norway sebagai berkata, suara-suara adil mengenai isu Xinjiang makin bertambah. Beliau berharap warga-warga media yang hadir itu dapat membaca rencana seumpama itu dan membuat laporan objektif tentang wilayah Xinjiang.

徐国玮