Industri seni kain merupakan industri tradisional yang berkembang makmur di kaunti Shenze, provinsi Hebei. Rantai industri tunjang itu menjadi semakin lengkap dengan merangkumi pembekalan bahan mentah, pengeluaran, stok, penjualan, logistik dan penghantaran.
Pada 2020, saluran penjualan dalam talian beserta saluran penjualan fizikal memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi syarikat seni kain dan menjamin pendapatan pekerja di sebalik wabak COVID-19 yang berlarutan.