Portal COP15 Dilancarkan

2021-04-30 14:42:15  CRI
Share with:

Persidangan peserta-peserta ke-15 Konvensyen Biodiversiti Bangsa-Bangsa Bersatu (COP15) bakal diadakan di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China pada Doktober nanti. Portal tuan rumah COP 15 edisi Bahasa Mandarin dan Inggeris dilancarkan secara rasmi Khamis lalu.

Portal itu akan menawarkan perkhidmatan kepada persidangan tersebut, di samping mempromosi pembinaan tamadun ekologi dan kejayaan perlindungan biodiversiti serta mempopularkan pengetahuan berkenaan.

Menteri Ekologi Alam Sekitar China, Huang Runqiu berkata, kerajaan China memberikan perhatian tinggi terhadsap perlindungan biodiversiti dan kerja persiapan bagi persidangan kali ini.

Beliau menegaskan, China akan mengambil peluang pelancaran portal tersebut untuk menunaikan tanggungjawab tuan rumah.

徐国玮