Mesyuarat Menteri Luar G7 Buka Tirai di London

2021-05-04 13:07:14  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Luar G7 yang dihadiri menteri luar dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Itali dan Kanada membuka tirainya di London semalam. Ini juga mesyuarat G7 yang pertama diadakan secara bersemuka dalam tempoh 2 tahun lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Britain, topik-topik termasuk pemulihan ekonomi pasca wabak, perubahan iklim, kerjasama vaksin, pendidikan wanita dan sebagainya akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat menteri luar kali ini juga dianggap sebagai gerakan memanaskan badan bagi Sidang Kemuncak G7 yang dijadualkan di Britain pada bulan Jun.  

梁靓