Mesyuarat Menteri Luar G7 Berakhir

2021-05-06 11:34:51  CRI
Share with:

Kumpulan Tujuh (G7) mengeluarkan satu kenyataan bersama selepas berakhirnya mesyuarat menteri-menteri luar di London pada Rabu.

Selain mendukung sistem perdagangan global yang bebas dan adil, para menteri turut menekankan peri pentingnya aliran modal, data, ilmu, fikiran dan bakat secara bebas kepada pembangunan jangka panjang.

G7 juga menzahirkan komitmen untuk mengembangkan kerjasama dengan negara membangun ke arah mewujudkan rejuvenasi yang mesra alam, inklusif dan mampan.

Sementara itu, G7 sekali lagi menekankan mustahaknya pendekatan yang terbuka, telus dan multilateral bagi menangani penularan pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan bersama itu pula, negara-negara G7 akan meneroka peluang kerjasama dengan China dalam menjana pembangunan serantau serta memelihara kedamaian dan kemakmuran global.

张哲