Dakwaan Wujud "Genosid" di Xinjiang Disangkal Sarjana Eropah

2021-05-08 16:49:35  CRI
Share with:

Beberapa sarjana dari Eropah mengeluarkan laporan khas yang menyangkal dusta wujudnya "genosid" di wilayah Xinjiang, di samping menganggap laporan AS berkaitan isu Xinjiang mempunyai niat yang tersembunyi.

Laporan khas itu ditulis oleh bekas Datuk Bandar Frogn, Norway, Thore Vestby bersama sarjana dari Belanda dan Denmark, dan diterbitkan menerusi Yayasan Transnasional untuk Penyelidikan Kedamaian dan Masa Depan.

Mereka membidas tohmahan yang direka-reka AS menerusi petikan banyak data dan maklumat yang benar secara terperinci.

Dalam pada itu, laporan AS berkenaan dianggap berasaskan mentaliti Perang Dingin dan digubal bagi menyahut niat kumpulan berkepentingan AS yang berpendirian keras terhadap China.

Laporan itu tidak boleh dipercayai sama sekali kerana ditulis menggunakan banyak maklumat dan data yang palsu.

张哲