Guterres Menumpu Perhatian kepada Situasi Baitulmuqdis

2021-05-10 13:58:06  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui jurucakapnya mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian yang berlaku di Baitulmuqdis baru-baru ini. Dalam kenyataan itu, Guterres menyatakan keprihatinannya terhadap kejadian keganasan yang berlaku secara berturut-turut di Baitulmuqdis Timur serta peristiwa penduduk Palestin diusir dari Sheikh Jarrah dan Silwan. Beliau menggesa Israel menghentikan langkah yang memusnahkan rumah penduduk Palestin serta mengusir penduduk Palestin menurut kewajipan yang terkandung dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.  

Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa Israel diharap bersabar dengan sedapat mungkin dan menghormati hak dan kebebasan berhimpun dengan tujuan damai. Guterres menggesa pelbagai pihak memelihara dan menghormati keadaan politik yang terwujud di Baitulmuqdis sekarang ini.

曹捷