Vaksin COVID-19 yang dihasilkan dengan usaha sama Mesir dan Sinovac Biotech Ltd. China akan dipasarkan pada penghujung bulan Jun.
Menteri Kesihatan Mesir Hala Zayed dalam sidang media semalam menyatakan bahawa vaksin yang dikeluarkan di Mesir itu akan dibekalkan dalam negerinya terlebih dahulu, dan bakinya juga akan dieksport ke negara Afrika lain. Beliau menegaskan bahawa Mesir mempunyai rantai industri yang lengkap yang mampu mengendalikan pemindahan teknologi pengeluaran vaksin dan membolehkan Mesir berkembang menjadi pusat pembekalan vaksin di Afrika.
Dalam sidang media itu, Hala turut merakamkan terima kasih kepada sokongan kerajaan China yang menjadikan Mesir negara Afrika yang pertama yang mampu mengeluarkan vaksin COVID-19.