Iran, Arab Saudi Adakan Rundingan

2021-05-11 11:26:10  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ahmad al-Khatib mengesahkan pihaknya telah mengadakan rundingan dengan Arab Saudi untuk membincangkan hubungan bilateral dan isu serantau.

Ahmad al-Khatib berkata, menghapuskan ketegangan situasi dan membina hubungan dua pihak akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara dan rantau Gulf. Iran sentiasa mengalu-alukan rundingan seumpama ini pada pelbagai peringkat dengan Arab Saudi.

Sebelum ini, seorang pegawai diplomatik Arab Saudi pernah mengesahkan kepada media bahawa rundingan demi “meredakan ketegangan situasi serantau” telah diadakannya dengan Iran.

Surat khabar “The Times” Britain pada laporan edisi 19 April lalu memaklumkan, Arab Saudi dan Iran telah mengadakan perbincangan buat kali pertama di Iraq sejak terputusnya hubungan diplomatik pada 2016.

张宪