Pendirian China Tentang Situasi Baitulmuqaddis Timur

2021-05-11 14:19:48  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan perbincangan kecemasan mengenai situasi di Baitulmuqaddis Timur. Zhang Jun, wakil tetap China di PBB yang selaku pengerusi bergilir pada Mei, telah mempengerusi perbincangan tersebut di samping menyampaikan pendirian China.

Zhang Jun berkata, China memberi keprihatinan terhahap situasi yang semakin kritikal di Baitulmuqaddis Timur yang menyaksikan bertambahnya kegiatan keganasan. Konflik teruk yang tercetus antara polis Israel dengan penduduk Palestin sungguh merisaukan. China mengecam sebarang kekerasan yang menyasarkan rakyat jelata, menyeru pelbagai pihak mengawal diri, mengelakkan provokasi dan menginsentifkan tindakan yang boleh meredakan ketegangan dalam situasi semasa.

Menurut Zhang Jun, pihak Israel perlu mengambil langkah untuk mencegah kekerasan, ancaman dan provokasi terhadap umat Islam. Terbentuknya keadaan politik dalam kota purba Baitulmuqaddis sekarang ini perlu dilindungi dan dihormati.

Zhang Jun menekankan, China mendesak agar Israel melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan resolusi berkenaan PBB dan undang-undang antarabangsa, serta berhenti mengusir dan memusnahkan rumah penduduk Palestin.

Zhang Jun berkata, di sebalik situasi yang kritikal kini, Majlis Keselamatan PBB perlu menekankan komitmen dan sokongan kuat terhadap “penyelesaian dua negara”, menyeru dan mendorong usaha meredakan ketegangan dan melindungi keamanan serta kestabilan.

张宪