China, Vietnam Bekerjasama Lepaskan Anak Ikan

2021-05-11 14:24:53  CRI
Share with:

Aktiviti usaha sama peningkatan sumber dan jumlah spesies ikan, pelepasan anak ikan dan pemuliharaan sumber perikanan Teluk Beibu China-Vietnam 2021 diadakan secara dalam talian dan secara kehadiran fizikal di kuala Sungai Beilun, bandar Dongxing, wilayah Guangxi yang terletak di kawasan sempadan China-Vietnam semalam.

Sebanyak 56 juta anak ikan dan udang dilepaskan di perairan teluk tersebut.

Untuk rekod, aktiviti seumpama itu telah diadakan oleh kedua-dua negara sebanyak tiga kali sejak tahun 2017 di Teluk Beibu.

Deputi Menteri Pertanian dan Pengembangan Pedesaan Vietnam, Phung Duc Tien menerusi rakaman video eksklusif menyatakan, pihaknya akan terus mengambil sikap positif untuk memperkasa kerjasama kedua-dua negara dalam sektor pertanian dan perikanan.

吕清