Setiausaha Agung PBB Prihatin Konflik Palestin-Israel

2021-05-12 13:40:54  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam menyuarakan keprihatinan atas peningkatan konflik antara Palestin dengan Israel.

Dalam satu kenyataan melalui jurucakapnya, Antonio Guterres menyatakan, pasukan keselamatan Israel mesti berusaha mengekang diri secara maksimum dan mengelakkan penggunaan kekerasan yang keterlaluan. Pelancaran roket dan mortar ke arah taman perumahan Israel tidak boleh diterima. Tindakan yang mengakibatkan ketegangan terus meningkat mesti dihentikan.

Antonio Guterres berkata, PBB sedang bertindak bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meredakan ketegangan dalam situasi semasa dengan segera.

Peristiwa kekerasan antara Pelestin dengan Israel terus berlaku sejak bermulanya bulan Ramadan, khususnya sejak hujung minggu lalu yang menyaksikan kematian dan kecederaan dalam bilangan besar akibat situasi yang meruncing.

张宪