Keberkesanan Vaksin COVID-19 Buatan China Tinggi

2021-05-13 13:59:34  CRI
Share with:

Menurut laporan Agensi Berita Bloomberg semalam, vaksin COVID-19 keluaran Sinovac China menunjukkan keberkesanan tinggi dalam penggunaan di sejumlah negara, yang dilihat sebagai isyarat positif bagi berpuluh-puluh negara membangun.

Menteri Kesihatan Indonesia, Sadikin dalam sidang akhbar semalam mendedahkan bahawa menurut tinjauan susulan terhadap 128,290 orang ahli perubatan yang sudah mengambil dua dos vaksin Sinovac di Jakarta dalam Januari hingga Mac, vaksin jenis itu mampu melindungi keselamatan nyawa 98% penerima vaksin dikira dari hari ke-7 selepas penyunikan, dan juga mampu menjamin 96% penerima vaksin mengelakkan diri dari rawatan hospital. Sementara itu, kadar pencegahan kematian mencapai 100% dalam tinjauan susulan terhadap sekumpulan lagi pengambil vaksin Sinovac yang terdiri daripada 25,374 orang.

Sadikin berkata, keberkesanan vaksin Sinovac cukup memuaskan. 94% penerima vaksin itu terselamat dari dijangkiti coronavirus.

Data statistik negara lain juga membuktikan keberkesanan vaksin Sinovac yang tinggi. Jumlah pesakit bersimptom teruk dan jumlah kematian berkurangan secara ketara di sebuah bandar Brazil yang didiami 45,000 penduduk yang hampir semuanya sudah mengambil vaksin Sinovac.

张宪