PBB Naik Unjuran Kadar Pertumbuhan Ekonomi Dunia

2021-05-13 15:50:41  CRI
Share with:

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporannya semalam menaikkan unjuran mengenai kadar pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus. Ini ekoran trend pemulihan ekonomi pesat di Amerika Syarikat(AS) dan China.

Laporan yang bertajuk 'Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia' menaikkan unjurannya mengenai kadar pertumbuhan ekonomi China tahun ini daripada 7.2 peratus kepada 8.2 peratus, manakala jangkaan pertumbuhan ekonomi AS pula naik daripada 3.4 peratus kepada 6.2 peratus.

Menurut laporan itu, memandangkan penularan pandemik COVID-19 jauh belum berakhir di kebanyakan negara, output sektor ekonomi di banyak negara membangun perlu berkembang hingga tahun 2022 atau 2023 sebelum mencapai tahap pra-COVID-19.

Laporan itu juga menyarankan, dasar dan tindakan yang kondusif perlu diambil untuk membantu 11.4 juta orang yang terjerumus dalam kancah kemiskinan tegar akibat penularan COVID-19.

曹捷