Masyarakat Antarabangsa Tumpukan Perhatian kepada Konflik Palestin-Israel

2021-05-14 14:34:54  CRI
Share with:

Pada beberapa hari lalu, konflik yang sengit tercetus antara pejuang di Gaza Palestin dengan Israel dan menjadikan situasi di kawasan terbabit  semakin meruncing. Setakat ini, siri konflik itu telah mengakibatkan lebih seratus orang maut, dan turut menimbulkan perhatian yang serius dari masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan semalam bahawa pihaknya akan meneruskan serangan ketenteraan terhadap  Gaza.

Dalam perkembangan lain, Briged Al-Qassan, puak pejuang di bawah Hamas mengeluarkan amaran kepada tentera Israel malam semalam yang menuntut mereka jangan melancarkan sebarang tindakan darat di Gaza, jika tidak, mereka akan mendapat 'ajaran yang mengerikan'.

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyatakan bahawa China mengutuk keras tindakan keganasan terhadap penduduk awam.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menghubungi Netanyahu melalui telefon untuk membincangkan konflik itu, dan menyatakan bahawa AS menyokong hak pertahanan Israel, serentak itu juga menyokong usaha yang meredakan ketegangan dalam situasi semasa.    

曹捷