Penerbangan Charter Kargo Pertama Shandong ke ASEAN

2021-05-16 14:21:21  CRI
Share with:

Pada pukul 11:45 malam 14 Mei lalu, sebuah pesawat Boeing 737 muatan barang e-dagang rentas sempadan termasuk pakaian dan barang keperluan harian berlepas dari Lapangan Terbang Liuting, bandar Qingdao, provinsi Shandong dan menuju ke Hanoi, Vietnam. Ini adalah penerbangan charter kargo pertama dari provinsi Shandong ke negara-negara ASEAN setelah China terlebih dahulu meluluskan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menurut maklumat berkenaan, penerbangan charter kargo Qingdao-Hanoi dijadualkan beroperasi pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Melalui perkhidmatan penerbangan laluan ini, produk keluaran Shandong dapat diangkut sampai ke Vietnam dalam lima jam, dan terus dihantar kepada pengguna tempatan dengan kelajuan yang paling cepat pada keesokan harinya. Manakala, barang import dari Vietnam dapat  tiba di kastam Qingdao hanya dalam masa setengah hari.

Daya tarikan Shandong bagi pasaran Asia Tenggara dipercayai akan terus meningkat berkat bermulanya operasi laluan penerbangan charter ini. 

曹捷